Bila bercakap tentang gagal atau dalam bahasa Inggerisnya, fail, ramai yang akan cuba mengelak atau tutup mulut. Sejak dari pusat matrikulasi sampailah saya grad dari universiti. saya tak pernah fail satu subjek pun. Ya. Percayalah. Bangga tu memang bangga. On second tought... saya benar-benar bangga.
Kadang-kadang terfikir juga, kalau saya fail satu subjek, apa yang akan terjadi pada saya? Macam mana rasanya fail subjek. Apa yang saya akan belajar? Bolehkah saya terima? Mungkin bagi orang lain tak apa kalau fail satu subjek.. atau beberapa subjek. Itu perkara normal.
Normal ke? Bagi mereka mungkin.. tapi tidak bagi saya. Saya berada dalam satu keadaan dimana failure is not an option. Susah nak dijelaskan tapi itulah hakikatnya. Ditambah dengan cabaran dari ibubapa dan rakan-rakan, saya berusaha sedaya-upaya supaya tidak gagal. Percayalah.. bagi seseorang yang kurang minat dengan degree yang saya ambil (Matematik!!), ditambah dengan tekanan dari makhluk2 yang suka melihat kejatuhan saya (saya seorang pelajar yang aktif berpesatuan), untuk tidak fail, bukan sesuatu yang mudah.

Tapi, bila bersembang dengan rakan-rakan yang lain, terutama yang pernah fail subjek, mereka akan kata
"Itulah kau.. rugi kau tak pernah fail. Kau tak rasa nikmat hidup!! Kau takkan jadi seorang yang hebat sebab kau tak pernah rasa perasaan failure tu. Kau tak belajar apa yang kitorang belajar. Kau tau tak, kesilapan dan kegagalan itu adalah guru terbaik di dunia ni."
Sama ada diorang nak cover ke"failure"an mereka atau mereka benar-benar maksudkannya, saya sendiri tak pasti. Tapi saya jawab senang aje
"Aku dah cuba sedaya-upaya untuk fail. Tapi tak boleh jugak.. hihihi"
Anda pasti tahu apa jawab mereka
"Berlagak!!"
Datuk pernah cakap pada kami
"Saya rasa, buat kesilapan memang totally contradict dengan kecemerlangan dalam bidang akademik. Dalam akademik, kita di latih supaya jangan buat salah. Sentiasa buat yang betul. Buat salah punish. Banyak salah markah rendah. You cannot buat mistake. Bila tak buat mistake, sentiasa betul, maka andalah yang cemerlang, seorang pelajar yang bagus.
Dalam keusahawanan, ia terbalik. Anda digalakkan untuk buat kesilapan. Malah anda mesti buat kesilapan supaya anda dapat belajar. Sebab cara pembelajaran yang terbaik adalah melalui kesilapan. Bila anda gagal, anda akan belajar. Untuk cemerlang dalam bidang keusahawanan, anda perlu buat banyak kesilapan. Apatah lagi, kesilapan dan kegagalan adalah sebahagian daripada proses kecemerlangan."
Bila difikirkan balik, saya tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang saya belajar 'dengan tidak pernah gagal dalam setiap subjek' berbanding 'gagal pendapat full house participation dalam setiap seminar yang kami anjurkan'. Kesimpulan saya
1. Yang kemudian itu lebih realistik dan membantu dalam saya memperbaiki cara hidup saya
2. Ia berbalik kepada cara saya (khususnya) dan kaum Melayu (secara umumnya) dididik dan dibesarkan.
Membuat kesilapan dan pernah gagal benar-benar memeritkan. Tapi keperitan itulah yang akan mendorong kita untuk merenung kembali, mencari punca sekali gus memikirkan jalan penyelesaian dan sebab tak ingin silap lagi, kita akan perform better action and make wiser decision di kemudian hari. Belajar melalui kesilapan dan kegagalan.
Yang pasti, kejayaan diukur bukan dari sebanyak mana kita gagal, tapi sebanyak mana kita belajar dan bangkit dari kegagalan tersebut.
Mr. Sparrow kata : THE BEST TEACHER IS MR. MISTAKE AND MRS. FAILURE





2 comments:
u re right man! ... visiy my blog then... www.myasfa.blogspot.com
Berlagak giler. Huhu.
Maaf aritu ada prog. Hp tertinggal kat bilik. Jadi, tak dapat nak angkat Hp.
Post a Comment