Thursday, September 20, 2007
Monday, September 10, 2007
ANDA TENTUKAN

Akan tiba saat dan ketika dimana kita harus buat keputusan. Jika difikirkan, tiap-tiap hari kita akan berdepan dengan saat itu.
Inilah namanya hidup. Setiap detik yang mendatang perlu kita lalui dengan tabah. Walau apapun yang berlaku, ia akan menjadi pengalaman yang akan mematangkan kita, mendewasakan fikiran kita. Bukan kegagalan atau kejayaan dipengakhiran yang penting, tapi perjalanan yang ditempa, itulah realiti kehidupan yang akan menentukan siapa diri kita sebenarnya.

Dikala kita buntu atau seakan menyerah kalah, jangan sesekali kita lupa bahawa kita hanyalah insan. Insan yang hidup dimuka bumi tuhan, mencari keredhaan dari-Nya, menjalani hidup yang tak pernah dan tak akan sempurna. Kesempurnaan bukan milik kita, ia hanya milik-Nya. Jadi, jangan putus asa bila kita gagal. Seorang guru pernah berkata pada saya, “Jangan mengharapkan kesempurnaan kerana jika kau gagal, kau akan jatuh dan takkan mahu berjuang semula”. Kegagalan tidak membuatkan kita orang yang kalah tapi putus asa kerana gagal yang menjadikan kita pengalah.
Memang pahit bila kita gagal. Sindiran, cacian pasti akan datang mengiringi kehampaan yang ditanggung. Tak ada siapa yang akan faham. Wajah yang selalunya tampak yakin mula menjadi muram, hati yang biasanya tenang bertukar resah dan hampa.

GOING TO UNIVERSITY
A lot of people say that the university is the time when young men and women expand the way they look at their world, when they open their minds to new ideas and experiences and when they begin that long journey from the innocent of youth to the responsibilities of adulthood.

You know what... we throw a lot of fancy words to our kids in order to attract them to going to school in the belief that they’re gonna have a better life. And we all know that all we’re doing is breeding a whole new generation of buyers and sellers and
What do you get in the class? Lecturer talking to himself. You’re playing PS2, talking to your friend, SMSing your girlfriend or better off, sleeping. The only thing that you care of is the topic that’s going to be asked in the exam. You learn just to memorized and you memorized just for the sake of passing the exams. You’re more concern to the what’s than why. You are going to the classes that you yourself don’t have any idea what its all about. You can’t take classes that you like to take. What happen to the “you decide your future” by doing what you like? Exercising and developing your creativity? Is the system that we have now, in the university, were created just and only just to fulfill the job demand in the
Hmmm... what say you?
Monday, August 20, 2007
RULE OF INVESTING NO. 5

Basic Rule Number 5 :
True investor is prepared for whatever happens. A non-investor tries to predict what and when things will happen.
Pernahkan anda dengar sesiapa berkata : "Kalaulah aku beli rumah tu dulu. Tengok, sekarang diorang dah bina Jaya Jusco kat sebelah tu. Harga rumah dah naik dua kali ganda!!"
Ini adalah kes di mana seseorang itu tidak bersedia. Kebanyakkan pelaburan yang akan membuatkan anda kaya, hanya datang untuk jangka masa tertentu sahaja. Di dalam bidang hartanah, jangka masanya sebenarnya adalah lebih lama, mungkin sehingga beberapa tahun. Tetapi, tidak kira berapa tahun pun peluang itu bertahan, jika anda tidak bersedia dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang mencukupi atau tiada extra cash, suatu peluang itu, walau sebaik mana pun ianya, akan terlepas jua.
Bagaimana untuk membuat persediaan?
Attend class or seminars!!
Semuanya bermula dengan latihan minda ; dalam mengetahui peluang apa yang perlu anda cari, dan bersedia apabila peluang pelaburan tersebut datang pada anda.
Sama seperti anda bermain bola sepak. Anda tendang, tendang dan tendang, tiba-tiba peluang untuk menjaringkan gol datang betul-betul didepan anda. Anda sama ada bersedia atau tidak, berada di posisi yang betul atau tidak. Walaupun anda tak berjaya menjaringkan gol ; atau melabur, disana akan sentiasa ada peluang untuk anda menghasilkan gol kemenangan atau peluang pelaburan yang hebat!! Berita paling baik adalah, tiap-tiap hari, dimana-mana sahaja akan ada peluang pelaburan yang hebat, tetapi, dengan syarat, anda perlu pandai pilih "permainan" anda dan tahu bagaimana untuk bermain!!Justeru kurangkan risiko pelaburan anda dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelaburan anda ; melalui pelbagai cara, salah satu daripadanya ialah dengan menghadiri seminar-seminar pelaburan.
Bicara Jutawan kini menganjurkan Seminar Kewangan dan Hartanah. Seminar akan berkongsi :
1. "How To Be Super Rich : Some Financial Principles", dan ;
2. "How To Make a Lot Of Money From Property Investment.

Salah satu cara untuk menjadi jutawan adalah dengan lakukan apa yang jutawan sebenar lakukan!! Jutawan hartanah sebenar, Dr Zaid Mohamad, akan berkongsi dengan anda bagaimana beliau melabur di dalam bidang hartanah sekaligus menjadikan beliau seorang jutawan.
Untuk pendaftaran, sila lawati http://www.pakdi.net/hartanah.html atau hubungi Rashid di 013-9319916.
Sunday, August 12, 2007
Seminar Kewangan dan Hartanah (2 in 1)
Bidang hartanah menawarkan peluang yang tinggi bagi anda yang menginginkan status kewangan yang lebih kukuh dan lebih besar.
Tidak kira melalui pendapatan pasif daripada hasil sewa atau wang tunai yang diperolahi hasil dari kenaikan harga rumah, hartanah sememangnya suatu bidang yang sangat ideal untuk menjana kekayaan.
Namun, stategi serta kemahiran yang secukupnya perlu dipelajari terlebih dahulu untuk anda berjaya apabila melabur di dalam bidang hartanah ini.
Seminar ini bukan hanya tertumpu kepada perkongsian kemahiran dalam menambah kekayaan melalui bidang hartanah semata-mata, tetapi turut menekankan kepentingan pembentukan minda serta sikap yang betul dalam pengurusan kewangan.
Apabila kedua-dua elemen penting ini telah difahami, usaha dalam membina kekayaan dalam bidang yang paling berpotensi iaitu hartanah, akan menjadi lebih efektif serta berkesan.
Dengan yuran seminar yang amat menarik, seminar versi penuh yang akan bermula dari pagi hingga ke petang ini menawarkan anda suatu tawaran yang sukar untuk dilepaskan!!
Mulakan usaha untuk mengubah ekonomi anda dan mendaftar dengan melayari :
www.bicarajutawan.com
atau telefon 013-9319916 (Rashid).
"For things to change, you must change first"




